Sekarang musim hujan.Cukup lebat.Ramai budak tak datang sekolah.

Kamis, 13 Agustus 2009

IMPIAN

Saya selalu memimpikan kejayaan masadepan anak-anak.Semua anak-anak kalau boleh akan mengikuti pengajian perubatan,pergigian atau farmasi.Bidang ini mempunyai masadepan yang cerah.Bila tamat pengajian mereka akan berkhidmat dengan kerajaan.Setelah beberapa tahun berkhidmat dengan kerajaan mereka boleh buka kelinik sendiri.Satu impian besar saya ialah mereka adik beradik nanti dapat bersatu dan membina sebuah hospital pakar di negara ini.Nur Izzati akan menjadi Pengarah hospital dan pakar jantung,Nur Liyana pakar tulang,Nur Farhin pakar telinga,tekak dan hidung,Luqman pakar otak dan Alia pakar sakit puan.Kemungkinan juga antara mereka yang akan jadi pakar pergigian dan farmasi.
Impian ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.Ia memerlukan kesungguhan ,ketekunan dan sikap tidak putus asa terutama dalam pelajaran.Contohilah mereka yang berjaya dalam pelajaran seperti Mardihah(21 A) dan Amalina(17 A) .Satu faktor yang perlu dijauhi ketika belajar diuniversiti iaitu terlibat dengan politik.Banyak pelajar melayu yang kecundang dalam pelajaran kerananya.Dalam politik Kita perlu ambil tahu mengenainya,bukan melibatkan diri hingga menjejaskan pelajaran.Dalam soal ini ramai pelajar tersilap,mereka menyangka orang yang tidak melibatkan diri dalam politik sebagai orang yang tidak berjuang,tidak islamik.Akhirnya mereka lebih sibuk berpolitik hingga mengabaikan pelajaran.Bila diumumkan pelajar terbaik maka yang tersenarai adalah bangsa-bangsa lain.Kita hanya boleh gigit jari.Justeru bila kita berada diuniversiti fokus utama kita ialah kecemerlangan akademik.Yang lain adalah sampingan.kita pasti akan berjaya.