Sekarang musim hujan.Cukup lebat.Ramai budak tak datang sekolah.

Minggu, 22 Juni 2008

Projek

Masa lapang selalunya kita akan gunakan untuk aktiviti-aktiviti yang berfaedah.Anataranya kita boleh menanam pokok cara fertigasi.Mudah dan tidak comot.Paling menarik ia dapat mengeratkan ikatan keluarga.Mula-mula agak payah tapi lama-lama ok l
Bersama anak-anak Luqman,Yana dan Awin
mengisi polybag.Isi sekam padi.
Setakat ini baru 500 polybag diisi.

Rabu, 18 Juni 2008

Projek

Dulu orang cakap wang tidak penting,tapi hari ini kalau tak ada wang kita akan mati.Segala-galanya mahal.Minyak dah naik sampai Rm2.70 seliter,beras dah naik sampai RM30.00 untuk sepuluh kilogram.Tepung,minyak masak,ayam dah naik dua tiga kali dalam masa enam bulan.Pendek kata kalau setakat gaji dua ribu memang sah tak cukup.Kalau setakat mengeluh dan kalu berani sikit buat demonsterasi tak merubah apa-apa juga.Barang tetap mahal.Mahu tak mahu kena beli juga.Hidup terpaksa diteruskan.Nak jimat.Dah tak tahu nak jimat apa lagi.
Cuma satu cara nak tanggani masalah ini ialah dengan kerja lebih kuat.Masa kerja perlu ditambah.Agar kita ada sumber pendapatan yang berbagai.