Sekarang musim hujan.Cukup lebat.Ramai budak tak datang sekolah.

Minggu, 06 April 2008

Jangan lemah semangat

Semalam sepatutnya Liyana ikut kelas tuisyen upsr didewan Kg.alang tapi terpaksa terpaksa dibatal kerana ada ceramah didewan tersebut.Amat hairan,mengapa orang kampung suka dengar ceramah,sampai dewan dan jalanraya jadi sesak?.Tapi dalam soal kerja dan pendidikan anak-anak kurang dipedulikan.Paling lama orang kampung kerja tiga jam satu hari iaitu mula menoreh jam lapan dan paling lama habis jam sebelas pagi.Selepas itu duduk menyembang atau borak-borak sampai malam.Kalau hari hujan tidak buat apa apa kerja.Begitu juga dengan pelajaran anak-anak terutama bila anak-anak memasuki sekolah menengah,hampir tidak dipedulikan langsung.Satu lagi,orang kampung ini amat suka politik ,dari yang tua sampai kanak-kanak semuanya terlibat dengan politik.Dalam sesetengah hal perintah politik lebih dipatuhi dari perintah agama.Yang lawaknya,walaupun mereka minat politik tapi satu buku politik pun tidak pernah baca,tapi kalau bab sembang kalah perdana menteri.Itulah politik orang melayu,cakap bagai nak runtuh gunung Baling,tapi kerja malas,pendidikan pun tidak setara mana dan akhirnya orang melayu ini tidak kemana-mana.Kata orang, pi mai pi mai tang tu.Kata orang Baling,gi mari,gi mari,dok situ.

0 Komentar:

Posting Komentar

Berlangganan Posting Komentar [Atom]

<< Beranda